Tuesday, December 10, 2024

MENGAPA RAMBUT BERUBAN ? DAN CARA MENCEGAHNYA

PUNCA UBAN

Asasnya, uban terjadi disebabkan penuaan semula jadi, uban juga boleh disebabkan oleh faktor genetik, pemakanan dan masalah kesihatan.  

  1. Punca utama apabila tahap melanin rendah dalam folikel rambut anda. Melanin ialah sejenis pigmen yang memberi warna kepada rambut dan kulit anda. Seiring dengan pertambahan usia, penghasilan melanin daripada folikel akan berkurangan dan menyebabkan rambut berubah warna keperangan, putih atau beruban.
  2. Untuk faktor genetik, uban berkait rapat dengan kondisi gen anda di mana tubuh gagal menghasilkan melanin selepas beberapa tahun. 
  3. Manakala punca ketiga yang menyebabkan uban di usia muda ialah penumpukan hidrogen peroksida yang kerap di folikel rambut anda. Hidrogen peroksida bertindak sebagai agen pemutihan yang menghilangkan pigmentasi pada rambut anda.
  4. Namun, fakta yang agak merisaukan adalah kadang-kadang uban menunjukkan penyakit, terutama jika berlaku di usia muda.  Antaranya uban berkemungkinan terjadi atas beberapa faktor penanda aras kesihatan seperti berikut :

    • Kekurangan vitamin B12
    • Neurofibromatosis. Penyakit turun-temurun ini menyebabkan ketumbuhan pada saraf dan pembentukan kulit dan tulang yang luar biasa.
    • Tuberous sclerosis. Penyakit turun-temurun yang jarang berlaku, boleh menyebabkan ketumbuhan benigna di sebilangan organ seperti otak, jantung, buah pinggang, mata, paru-paru dan kulit.
    • Penyakit tiroid
    • Vitiligo: Penyakit ini menyebabkan sel-sel yang menghasilkan melanin musnah, disebabkan oleh imun badan sendiri.
    • Alopecia areata: Sejenis penyakit di mana tompokan rambut boleh hilang, terutama sekali rambut berwarna normal. Ia boleh menyebabkan pesakit lebih peka akan uban yang sedia ada. Bila pertumbuhan rambut berlaku, ia mungkin menjadi uban, tetapi warna normal rambut akan kembali kemudiannya.

MENCEGAH UBAN

Jika punca beruban ialah genetik atau proses penuaan, tiada pencegahan yang dapat mencegahnya. Namun, sesetengah punca boleh dicegah dengan cara berikut:

  1. Berhenti merokok
  2. Mengubah pemakanan anda. Diet yang kaya dengan vitamin B12 seperti makanan laut, telur, daging merah dan sayur-sayuran hijau. Masukkan makanan yang kaya dengan antioksidan ke dalam diet anda seperti buah-buahan, sayur-sayuran, teh hijau, minyak zaitun dan ikan.
  3. Menguruskan tekanan anda dengan lebih elok seperti bersenam, melakukan aktiviti yang anda minati dan sebagainya.
  4. Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Nutrien Oil Najlaa untuk mendapat rambut yang baik. Nutrien Oil adalah sejenis minyak yang diperkayakan dengan pelbagai jenis minyak semulajadi yang kaya nutrien dan vitamin.

JENIS-JENIS HERNIA

Hernia atau pusat timbul dan angin pasang adalah merujuk kepada masalah sama.

  1. UMBILICAL HERNIA. Benjolan yang tidak normal pada pusat dalam istilah perubatan disebut hernia umbilikus (umbilical hernia). Tetapi kenapa pusat bayi timbul? Ia berkembang apabila sebahagian daripada lapisan perut, bahagian usus, atau cecair daripada perut melalui otot dinding perut.
  2. INCARCERATED HERNIA. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, organ di dalam perut terperangkap (incarcerated) di dalam kantung hernia. Ia sekali gus menyebabkan muncul benjolan walaupun si kecil berada dalam keadaan tenang. Situasi ini disebut sebagai angin pasang tidak surut.
  3. STRANGULATED HERNIA. Situasi angin pasang terbelit (strangulated) juga amat jarang berlaku kepada bayi kecil. Sekiranya ia berlaku, si kecil akan mengalami kesakitan yang teruk. Selain bertukar kemerahan, pusatnya juga mungkin akan menjadi sangat sensitif terhadap sentuhan. Si kecil juga berkemungkinan akan mengalami demam, muntah atau tidak mahu menyusu. 

RISIKO HERNIA

  1. Bayi dengan berat lahir rendah dan bayi pramatang antara yang berisiko besar mengalami keadaan ini.
  2. Bayi baru lahir dan berusia kurang daripada 6 bulan

SIMPTOM HERNIA

Apabila anak mengalami angin pasang:
  1. Anda mungkin melibat benjolan lembut di bawah kulit pusat
  2. Benjolan akan lebih mudah dilihat semasa anak duduk, berdiri tegak atau menegangkan otot perut semasa menangis, batuk atau membuang air besar
Kebanyakan kanak-kanak tidak merasa sakit akibat hernia. Namun jika anak muntah, sakit atau perut membengkak, lakukan pemeriksaan doktor segera.

RAWATAN

Kebanyakan masalah angin pasang tidak memerlukan sebarang rawatan. Ia biasanya sembuh sendiri apabila anak berumur 4 atau 5 tahun.

Doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan jika hernia umbilikus: 
  1. Menyakitkan
  2. Saiz benjolan lebih besar daripada ½ hingga ¾ inci
  3. Besar dan tidak mengecil dalam tempoh 2 tahun pertama kehidupan
  4. Menyekat usus 
Anda perlu membawa anak untuk pemeriksaan doktor segera jika mereka mengalami simptom berikut setelah pembedahan:
  1. Demam
  2. Kemerahan, bengkak atau sakit
  3. Benjolan dekat pusat
  4. Darah atau cecair berbau berhampiran luka
  5. Loya, muntah, cirit-birit atau sembelit yang tidak berkurangan
Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Herbal Oil Najlaa untuk mengecutkan Hernia tanpa pembedahan. Anda boleh mencubanya.

Untuk Order Klik : SENARAI AGEN & STOKIS NAJLAA


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...