Penyebab yang boleh menjadikan rambut rapuh dan rosak. Pendedahan kepada matahari, klorin, bahan kimia, air laut, haba yang berlebih adalah faktornya.
PUNCA RAMBUT KASAR
Pelbagai punca yang boleh menyebabkan rambut anda bermasalah. Antaranya:
- Pendedahan secara berlebihan kepada cahaya matahari
- Kekurangan kelembapan pada rambut
- Membasuh rambut secara berlebihan dan menggunakan air sangat panas
- Penggunaan produk rambut yang tidak bersesuaian (tinggi alkali dan sulfat)
- Penggayaan rambut yang berlebihan
- Terdedah kepada haba dari alat pemanas rambut
- Diet pemakanan tidak seimbang, kurang nutrisi
- Menggunakan produk perawatan rambut yag mengandung alkohol
- Kerap menyikat rambut, ketika rambut basah jangan sikat, cukuplah merapi hanya dengan jari.
RAWATAN RAMBUT KASAR
- PRODUK. Cari, pilih dan gunakan produk bersesuaian dengan jenis rambut anda. Anda boleh memilih produk rambut yang tidak mengandungi bahan seperti alkohol.
- POTONG. Jika rambut anda terlalu kering, rapuh, bercabang atau dalam erti kata mudah, bermasalah, anda boleh memilih untuk mendapatkan potongan rambut.
- JANGAN CUCI RAMBUT SETIAP HARI. Elakkan dari membasuh, mencuci atau menyampu rambut setiap hari.Walaupun membasuh dapat membuang kotoran dan peluh dari rambut, tetapi dalam masa yang sama ia juga menyingkirkan sebum – minyak semula jadi untuk menjaga rambut anda semulajadi.
- MINYAK. Gunakan minyak Nutrien Oil Najlaa untuk menjaga kelembapan dan bagi merapikan rambut. Disamping itu kandungan minyaknya menggalakkan pertumbuhan rambut lebat dan lembut mengikut kata pelanggan kami.
JENIS-JENIS HERNIA
Hernia atau pusat timbul dan angin pasang adalah merujuk kepada masalah sama.
- UMBILICAL HERNIA. Benjolan yang tidak normal pada pusat dalam istilah perubatan disebut hernia umbilikus (umbilical hernia). Tetapi kenapa pusat bayi timbul? Ia berkembang apabila sebahagian daripada lapisan perut, bahagian usus, atau cecair daripada perut melalui otot dinding perut.
- INCARCERATED HERNIA. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, organ di dalam perut terperangkap (incarcerated) di dalam kantung hernia. Ia sekali gus menyebabkan muncul benjolan walaupun si kecil berada dalam keadaan tenang. Situasi ini disebut sebagai angin pasang tidak surut.
- STRANGULATED HERNIA. Situasi angin pasang terbelit (strangulated) juga amat jarang berlaku kepada bayi kecil. Sekiranya ia berlaku, si kecil akan mengalami kesakitan yang teruk. Selain bertukar kemerahan, pusatnya juga mungkin akan menjadi sangat sensitif terhadap sentuhan. Si kecil juga berkemungkinan akan mengalami demam, muntah atau tidak mahu menyusu.
RISIKO HERNIA
- Bayi dengan berat lahir rendah dan bayi pramatang antara yang berisiko besar mengalami keadaan ini.
- Bayi baru lahir dan berusia kurang daripada 6 bulan
SIMPTOM HERNIA
Apabila anak mengalami angin pasang:
- Anda mungkin melibat benjolan lembut di bawah kulit pusat
- Benjolan akan lebih mudah dilihat semasa anak duduk, berdiri tegak atau menegangkan otot perut semasa menangis, batuk atau membuang air besar
Kebanyakan kanak-kanak tidak merasa sakit akibat hernia. Namun jika anak muntah, sakit atau perut membengkak, lakukan pemeriksaan doktor segera.
RAWATAN
Kebanyakan masalah angin pasang tidak memerlukan sebarang rawatan. Ia biasanya sembuh sendiri apabila anak berumur 4 atau 5 tahun.
Doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan jika hernia umbilikus:
- Menyakitkan
- Saiz benjolan lebih besar daripada ½ hingga ¾ inci
- Besar dan tidak mengecil dalam tempoh 2 tahun pertama kehidupan
- Menyekat usus
Anda perlu membawa anak untuk pemeriksaan doktor segera jika mereka mengalami simptom berikut setelah pembedahan:
- Demam
- Kemerahan, bengkak atau sakit
- Benjolan dekat pusat
- Darah atau cecair berbau berhampiran luka
- Loya, muntah, cirit-birit atau sembelit yang tidak berkurangan
Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Herbal Oil Najlaa untuk mengecutkan Hernia tanpa pembedahan. Anda boleh mencubanya.
Untuk Order Klik : SENARAI AGEN & STOKIS NAJLAA


No comments:
Post a Comment