Apakah itu kurap
Kurap atau nama lainnya ‘ringworm’ turut dikenali sebagai ‘tinea’ merupakan sejenis jangkitan kulat yang berlaku pada kulit manusia. Jangkitan kulat biasanya terjadi kepada mereka yang lemah imun system.
Apakah penyebab kurap
- Kurap disebabkan oleh jangkitan kulit oleh sejenis kulat (fungi) yang dikenali sebagai ‘dermatophyte’. Tumbuh membentuk ringworm (bentuk cincin).
Bagaimana kurap boleh
berjangkit
- Kurap boleh berjangkit melalui sentuhan kepada manusia, haiwan, tumbuhan, mahupun objek yang telah terjangkit.
Apakah gejala kurap
Secara
umumnya, gejala yang biasa berlaku ialah:
- Ruam
- Kulit kering, bersisik,
kemerah-merahan
- Bisul
- Gatal-gatal
- Keguguran rambut (botak)
- Rambut rosak
- Kelemumur
- Kuku bertukar warna kuning
atau hitam serta berkeruping
Ruam
Kurap
- Kebiasaannya ruam ini berwarna kemerah-merahan, dengan bahagian tengah yang lebih cerah berbanding sempadannya (border) yang lebih gelap. Bentuk ini dipanggil ‘central clearing’, dan dinamakan sebagai ‘ringworm’ dalam jangkitan kurap.
Apakah yang perlu
dilakukan sekiranya dijangkiti kurap
- Elakkan daripada menggaru
kawasan yang gatal kerana, boleh menyebabkan kulat merebak ke kawasan lain
sama ada melalui air nanah daripada bisul kecil yang pecah ataupun
daripada kulit yang sedia dijangkiti.
- Sewaktu mandi pula,
bersihkan badan dengan baik dan keringkan kawasan yang dijangkit.
Kelembapan boleh menggalakkan penumbuhan kulat. Selain itu, barangan
peribadi seperti tuala dan pakaian pula harus ditukar dengan kerap dan
tidak boleh dikongsi.
- Guna ubat sapu Contohnya ‘clotrimazole’, ‘miconazole’, ‘terbinafine’, atau ‘amorolfine’. Boleh juga menggunakan SOOTH (HERBAL) CREAM NAJLAA. Krim ini perlu disapu pada kawasan yang dijangkiti.
Untuk Order Klik : SENARAI AGEN & STOKIS NAJLAA
1. Kurap, MyHEALTH
No comments:
Post a Comment