PUNCA RUAM MUKA BAYI
RUAM pada muka bayi boleh menunjukkan keadaan yang lebih serius. Ruam biasanya kerap berlaku pada bayi, khususnya ketika dalam tempoh berpantang kerana keadaan persekitaran yang panas dan lembap.Ia selalunya berlaku pada bahagian kulit tertentu si manja seperti di bahagian pipi, dagu, leher dan kawasan pelipat lain.
- Masalah Ekzema, merujuk kepada keadaan kulit yang menjadi, gatal-gatal dan meradang.
- Masalah Ruam, kulit merah dan keradangan, kulit kepala berminyak, tompok bersisik, kerak putih atau kuning
- Masalah Newborn acne / Jerawat pada bayi. Bayi yang baru lahir, menyebabkan jerawat kecil dan merah berkembang, biasanya sekitar 2-6 minggu.
- Ruam akibat cuaca panas pula muncul apabila peluh terperangkap di bawah kulit.
- Sisa susu ibu pada pipi, tambahan lagi apabila si manja kerap menyusu badan.
CARA MENHILANGKAN RUAM MUKA
- Untuk menghilangkan ruam, ada beberapa petua yang boleh diamalkan antaranya menyapu air suam pada kulit bayi dan lapkan dengan kain lembut setiap kali selesai menyusu.
- Selain itu, tepung ubi juga boleh digunakan sebagai bedak sejuk untuk menghilangkan ruam pada bayi. Caranya mudah iaitu tambahkan sedikit air dan sapu seperti bedak sejuk.
- Dalam pada itu, minyak kelapa dara dan minyak zaitun juga mempunyai khasiat untuk merawat ruam pada bayi.
- Selain itu, lendir lidah buaya juga bermanfaat untuk mengurangkan ruam pada kulit bayi, caranya mudah iaitu hanya sapukan dan biarkan kering.
- Sooth Herbal Cream Najlaa, Nourish Lotion dan Serum Collagen Najlaa, 3 rangkaian produk penjagaan bayi yang boleh membantu mengurangkan masalah ruam.
JENIS-JENIS HERNIA
Hernia atau pusat timbul dan angin pasang adalah merujuk kepada masalah sama.
- UMBILICAL HERNIA. Benjolan yang tidak normal pada pusat dalam istilah perubatan disebut hernia umbilikus (umbilical hernia). Tetapi kenapa pusat bayi timbul? Ia berkembang apabila sebahagian daripada lapisan perut, bahagian usus, atau cecair daripada perut melalui otot dinding perut.
- INCARCERATED HERNIA. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, organ di dalam perut terperangkap (incarcerated) di dalam kantung hernia. Ia sekali gus menyebabkan muncul benjolan walaupun si kecil berada dalam keadaan tenang. Situasi ini disebut sebagai angin pasang tidak surut.
- STRANGULATED HERNIA. Situasi angin pasang terbelit (strangulated) juga amat jarang berlaku kepada bayi kecil. Sekiranya ia berlaku, si kecil akan mengalami kesakitan yang teruk. Selain bertukar kemerahan, pusatnya juga mungkin akan menjadi sangat sensitif terhadap sentuhan. Si kecil juga berkemungkinan akan mengalami demam, muntah atau tidak mahu menyusu.
RISIKO HERNIA
- Bayi dengan berat lahir rendah dan bayi pramatang antara yang berisiko besar mengalami keadaan ini.
- Bayi baru lahir dan berusia kurang daripada 6 bulan
SIMPTOM HERNIA
Apabila anak mengalami angin pasang:
- Anda mungkin melibat benjolan lembut di bawah kulit pusat
- Benjolan akan lebih mudah dilihat semasa anak duduk, berdiri tegak atau menegangkan otot perut semasa menangis, batuk atau membuang air besar
Kebanyakan kanak-kanak tidak merasa sakit akibat hernia. Namun jika anak muntah, sakit atau perut membengkak, lakukan pemeriksaan doktor segera.
RAWATAN
Kebanyakan masalah angin pasang tidak memerlukan sebarang rawatan. Ia biasanya sembuh sendiri apabila anak berumur 4 atau 5 tahun.
Doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan jika hernia umbilikus:
- Menyakitkan
- Saiz benjolan lebih besar daripada ½ hingga ¾ inci
- Besar dan tidak mengecil dalam tempoh 2 tahun pertama kehidupan
- Menyekat usus
Anda perlu membawa anak untuk pemeriksaan doktor segera jika mereka mengalami simptom berikut setelah pembedahan:
- Demam
- Kemerahan, bengkak atau sakit
- Benjolan dekat pusat
- Darah atau cecair berbau berhampiran luka
- Loya, muntah, cirit-birit atau sembelit yang tidak berkurangan
Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Herbal Oil Najlaa untuk mengecutkan Hernia tanpa pembedahan. Anda boleh mencubanya.
Untuk Order Klik : SENARAI AGEN & STOKIS NAJLAA



No comments:
Post a Comment