Tuesday, December 10, 2024

7 PUNCA SAKIT GIGI, DAN CARA RAWATANNYA

Sakit gigi adalah sakit yang anda rasakan sekitar gigi, gusi atau rahang. Selalunya, rasa gigi berdenyut tapi tak berlubang adalah tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada gigi atau gusi anda. Kadangkala, sakit gigi anda boleh disebabkan oleh masalah lain dalam badan.

SIMPTOMS SAKIT GIGI

Anda mungkin merasakan sakit seperti:

  1. Sakit berdenyut atau bengkak di dalam atau di sekitar gigi atau gusi anda
  2. Sakit berasa tajam semasa anda menyentuh gigi atau menggigit sesuatu
  3. Gigi menjadi lebih sensitif apabila mengambil makanan dan minuman sejuk atau panas
  4. Rasa sakit seperti terbakar atau kejutan elektrik, namun jarang berlaku
  5. Demam dalam sesetengah kes

PUNCA SAKIT GIGI

Punca sakit gigi yang paling utama adalah disebabkan kerosakan gigi iaitu karies gigi. Selain itu, punca lain boleh termasuk bahagian gusi dan rahang seperti :
  1. Penyakit keradangan gusi
  2. Gigi sensitif
  3. Gigi retak
  4. Gigi tersepit, terutama sekali gigi bongsu yang tumbuh senget
  5. Abses gigi
  6. Sakit sendi rahang
  7. Selain itu, punca lain boleh disebabkan penyakit dari bahagian badan lain seperti : 
    1. 1) Resdung atau sinus tersumbat, 
    2. 2) Penyakit jantung atau kanser paru-paru (sakit gigi antara tanda sakit jantung) , 
    3. 3) Neuralgia trigeminal (tekanan saraf).

PENJAGAAN SAKIT GIGI


Sehingga rundingan anda dengan doktor gigi, cubalah beberapa petua seperti berikut :
  1. Kumur mulut menggunakan air suam, bergaram lebih baik.
  2. Berus gigi setiap hari, sekurang-kurangnya setelah bangun tidur dan sebelum tidur
  3. Kurangkan makanan bergula, untuk menjaga enamel gigi
  4. Gunakan flos gigi untuk membuang sisa makanan atau plak yang tersepit di antara gigi anda.
  5. Jika sakit gigi anda semakin teruk, pertimbangkan untuk mengambil ubat tahan sakit dari farmasi.
  6. Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Herbal Oil untuk menhilangkan sakit gigi. Simpan satu dirumah untuk kecemasan.

JENIS-JENIS HERNIA

Hernia atau pusat timbul dan angin pasang adalah merujuk kepada masalah sama.

  1. UMBILICAL HERNIA. Benjolan yang tidak normal pada pusat dalam istilah perubatan disebut hernia umbilikus (umbilical hernia). Tetapi kenapa pusat bayi timbul? Ia berkembang apabila sebahagian daripada lapisan perut, bahagian usus, atau cecair daripada perut melalui otot dinding perut.
  2. INCARCERATED HERNIA. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, organ di dalam perut terperangkap (incarcerated) di dalam kantung hernia. Ia sekali gus menyebabkan muncul benjolan walaupun si kecil berada dalam keadaan tenang. Situasi ini disebut sebagai angin pasang tidak surut.
  3. STRANGULATED HERNIA. Situasi angin pasang terbelit (strangulated) juga amat jarang berlaku kepada bayi kecil. Sekiranya ia berlaku, si kecil akan mengalami kesakitan yang teruk. Selain bertukar kemerahan, pusatnya juga mungkin akan menjadi sangat sensitif terhadap sentuhan. Si kecil juga berkemungkinan akan mengalami demam, muntah atau tidak mahu menyusu. 

RISIKO HERNIA

  1. Bayi dengan berat lahir rendah dan bayi pramatang antara yang berisiko besar mengalami keadaan ini.
  2. Bayi baru lahir dan berusia kurang daripada 6 bulan

SIMPTOM HERNIA

Apabila anak mengalami angin pasang:
  1. Anda mungkin melibat benjolan lembut di bawah kulit pusat
  2. Benjolan akan lebih mudah dilihat semasa anak duduk, berdiri tegak atau menegangkan otot perut semasa menangis, batuk atau membuang air besar
Kebanyakan kanak-kanak tidak merasa sakit akibat hernia. Namun jika anak muntah, sakit atau perut membengkak, lakukan pemeriksaan doktor segera.

RAWATAN

Kebanyakan masalah angin pasang tidak memerlukan sebarang rawatan. Ia biasanya sembuh sendiri apabila anak berumur 4 atau 5 tahun.

Doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan jika hernia umbilikus: 
  1. Menyakitkan
  2. Saiz benjolan lebih besar daripada ½ hingga ¾ inci
  3. Besar dan tidak mengecil dalam tempoh 2 tahun pertama kehidupan
  4. Menyekat usus 
Anda perlu membawa anak untuk pemeriksaan doktor segera jika mereka mengalami simptom berikut setelah pembedahan:
  1. Demam
  2. Kemerahan, bengkak atau sakit
  3. Benjolan dekat pusat
  4. Darah atau cecair berbau berhampiran luka
  5. Loya, muntah, cirit-birit atau sembelit yang tidak berkurangan
Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Herbal Oil Najlaa untuk mengecutkan Hernia tanpa pembedahan. Anda boleh mencubanya.

Untuk Order Klik : SENARAI AGEN & STOKIS NAJLAA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...