Thursday, December 4, 2025

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Hand Foot Mouth Disease, HFMD) yang lazimnya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia kurang daripada 10 tahun. Ianya disebabkan oleh virus daripada kumpulan enterovirus yang tergolong di dalam keluarga picornavirus. Sebanyak 67 serotypes manusia yang terdiri daripada 3 serotypes poliovirus, 23 serotypes Coxsackie A, 6 serotypes Coxsackie B, 31 serotypes Echovirus dan enterovirus 68 hingga 71. Daripada kumpulan enterovirus tersebut, majoriti jangkitan adalah disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV 71). 

Kebiasaannya gejala HFMD adalah ringan (mild) dengan symptom: 

1. Demam 

2. diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah

3. Kanak-kanak juga boleh mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan

4. Muntah

5. cirit birit 

6. dan kurang selera makan

7. Kes HFMD yang disebabkan oleh jangkitan virus EV71 boleh meningkatkan risiko untuk mendapat komplikasi seperti encephalitis dan myocarditis. 

Virus penyebab HFMD boleh terdapat di dalam kerongkong dan najis dan merebak melalui sentuhan terus dengan air liur dan najis mereka yang berpenyakit. Penyakit ini cepat menular di kalangan kanak-kanak. Ia menjangkiti semua golongan umur tetapi majoriti kanak-kanak berumur bawah 6 tahun adalah lebih berisiko. 

Tempoh inkubasi adalah antara 3-5 hari dan masa yang paling berisiko untuk menjangkiti orang lain adalah ketika sebelum dan selepas gejala timbul. Kanak-kanak yang dijangkiti penyakit HFMD boleh menjadi punca jangkitan sehinggalah ruamnya kering. Majoriti kes mengalami gejala ringan dan sembuh dalam masa 5-7 hari.

Langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang boleh diambil, memastikan semua Tadika, Taska dan Pra-Sekolah yang terlibat di dalam kluster HFMD ditutup selama 10 hari untuk tujuan memutuskan rantai jangkitan serta untuk tujuan pembersihan dan basmi kuman. Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan 1) Sabun dengan kandungan Herba Perubatan FRESH SOAP 2) Sooth (Herbal) Cream Najlaa untuk menangani gejala HFMD.

Untuk Order Produk :  SENARAI AGEN & STOKIS NAJLAA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...